SELEPAS pengumuman 'stadium kini sudah boleh mula dipenuhi', barisan penyokong yang hadir ke di Bukit Jalil menyaksikan perlawanan final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu.

Liputan yang dibawakan Astro Arena sepanjang pra-perlawanan menyaksikan barisan penyokong Terengganu masuk memenuhi stadium terlebih dahulu berbanding penyokong JDT.

Manakala Ultras JDT atau lebih dikenali Boys of Straits (BOS), yang diperkuat dengan 4,000 ribu individu kekal berada di pekarangan SNBJ bagi menantikan detik yang tepat untuk memenuhi stadium.

Menerusi rancangan Nadi Weekend, wakil BOS yang hadir ke studio mendedahkan mereka mempunyai strategi tersendiri dalam usaha bertindak sebagai pemain ke-12 bagi memberikan sokongan padu buat JDT sepanjang perlawanan.

"Kami mempunyai strategi dan perancangan tersendiri. Kami mahu masuk ke stadium dengan perancangan sepanjang 90 minit untuk memberikan sokongan buat barisan pemain sepanjang perlawanan."

* Artikel asal dan video di StadiumAstro.com